• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sedia Panggil Pesara Doktor Jika Kes Naik

oleh
20/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia memanggil semula doktor perubatan yang sudah bersara atau pegawai perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera, sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, langkah itu hanya akan dilakukan apabila perlu, bagi mengimbangi keperluan doktor perubatan sedia ada, dalam usaha meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara.

“Sekiranya berlaku pertambahan kes (Covid-19) seperti di negara luar yang (naik) mendadak, kita tidak ada alasan untuk (tidak) panggil balik doktor yang sudah pencen dan doktor angkatan tentera untuk bantu kita.

“Bagaimanapun, negara kini masih mempunyai keupayaan doktor perubatan yang mencukupi bagi mengawal kes berkaitan Covid-19 dan masalah kesihatan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif bertajuk Covid-19: Ambil Tahu dan Bertindak Segera yang disiarkan secara langsung di TV1.

Menurutnya, ia termasuk usaha kementerian menempatkan 1,000 doktor pelatih di 44 hospital kerajaan seluruh negara bagi membantu melicinkan operasi harian susulan penularan Covid-19, sekali gus meredakan bebanan doktor sedia ada.

“Kementerian juga menambah 830 jururawat lantikan secara kontrak bagi menambah kapasiti petugas di 135 hospital kerajaan di seluruh negara memandangkan bilangan kes positif Covid-19 semakin ketara sejak minggu lepas,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Adham berharap, Malaysia dapat menjadi salah sebuah negara yang mampu membangunkan vaksin termasuk Covid-19 bagi melindungi rakyat negara ini daripada wabak membawa maut itu.

“Kita akan menyertai WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) supaya ada pakar kita akan sama-sama berinteraksi supaya kita boleh jadi salah satu negara yang membangunkan vaksin ini. Usaha ini bagi masa depan untuk kita lindungi rakyat kita,” katanya.

Dalam program siaran langsung itu, beliau turut berkongsi demonstrasi cara mencuci tangan dengan betul menggunakan cecair pembasmi kuman, selain menasihati orang ramai untuk mengikuti arahan kerajaan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac sehingga 31 Mac.

Terdahulu, dalam program Eksklusif Menteri Kesihatan menerusi siaran langsung Berita Perdana TV1, Dr. Adham berkata, tanda-tanda bahawa jumlah kes Covid-19 di Malaysia akan stabil sudah ada dan berharap angkanya tidak akan meningkat lagi.

Bilangan kes baharu positif Covid-19 di negara ini mula menunjukkan trend mendatar dengan jumlah 125 kes direkodkan pada Isnin diikuti 120 kes (Selasa), 117 kes (Rabu) dan 110 kes hari ini. 

Tags: Covid-19doktor perubatankoronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd