Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pembangunan Bandar Malaysia Tidak...

PUTRAJAYA - Pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia tidak mengugat rancangan jangka...

Warga Emas Maut Motosikal...

JOHOR BAHARU - Seorang warga emas maut selepas motosikalnya dipercayai dilanggar kereta yang...

Air Manis Pendekkan Jangka...

CAMBRIDGE - Satu kajian baharu oleh penyelidik di Universiti Harvard menunjukkan pengambilan minuman...

Kos Tunaikan Haji Kekal...

KUALA NERUS - Kos bagi mengerjakan haji pada musim haji akan datang kekal...

Kadar Pengangguran Turun Kepada 3.2%

PUTRAJAYA – Kadar pengangguran pada Januari 2020 turun kepada 3.2 peratus, berbanding 3.3 peratus pada Disember 2019, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

“Pada Januari 2020, bilangan penganggur seramai 511,700 orang, turun satu peratus berbanding bulan sebelumnya,” kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Statistik Utama Tenaga Buruh, Malaysia, Januari 2020, Mohd Uzir berkata, kadar penyertaan tenaga buruh pada Januari 2020 kekal 68.9 peratus bagi dua bulan berturut-turut, namun meningkat 0.3 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu (Januari 2019: 68.6 peratus).

Beliau berkata, bilangan tenaga buruh pada Januari 2020 ialah 15.83 juta orang meningkat 2.1 peratus berbanding Januari 2019.

“Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 2.2 peratus kepada 15.32 juta orang,” katanya.

Kategori