• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Pengangguran Dijangka Menurun – M Saravanan

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peruntukan RM4.8 bilion terhadap sektor pekerjaan merupakan langkah yang bersesuaian buat negara untuk mengatasi masalah pengangguran.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pengumuman itu juga secara tidak langsung dapat menyediakan sebanyak 600,000 peluang pekerjaan.

“Peruntukan yang begitu besar boleh melahirkan peluang pekerjaan terhadap warga tempatan dan ini juga akan mengurangkan kadar pengangguran bawah empat peratus.

“Selain itu, tambahan RM1.1 bilion juga bagi tujuan reskill dan upskill akan memberi impak positif terhadap kadar pengangguran,” katanya pada sidang media selepas sesi pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Selain itu, Saravanan turut mengulas mengenai tambahan peruntukan sebanyak RM80 juta yang dikhaskan kepada golongan suri rumah dari segi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ujarnya, langkah yang disyorkan Kementerian Kewangan itu mampu memberi peluang tambahan terhadap golongan wanita yang terkesan akibat COVID-19.

Saravanan berkata, pihaknya menyasarkan peluang kerja yang bakal diwujudkan bersifat kompeten yang memenuhi cabaran masa depan serta Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Sebelum ini, Statistik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati pengangguran di Malaysia meningkat kepada 768,700 orang atau pada kadar 4.8 peratus Jun lalu. – Astro AWANI

Tags: Bajet 2022pengangguran
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

21/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan penangguhan tarikh kuat kuasa tiga duti eksais dan cukai yang diumumkan di bawah...

Insiatif KSM Bantu Kurangkan Pengangguran Dalam Negara – Saravanan

Insiatif KSM Bantu Kurangkan Pengangguran Dalam Negara – Saravanan

11/08/2022
0

PUTRAJAYA : Pelbagai inisiatif digerakkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) berjaya menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran dalam negara sehingga 3.8 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd