Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Banduan Di Penjara Australia...

CANBERRA - Jumlah banduan di penjara Australia meningkat 40 peratus dalam tempoh lima...

Rosmah Hadapi 17 Tuduhan...

KUALA LUMPUR – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadapi...

Penyu Yangtze Tinggal 3...

BEIJING – Satu daripada penyu yang jarang dijumpai – Yangtze bercengkerang lembut gergasi...

Buruh Mengaku Tak Bersalah...

ALOR SETAR - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Jawatan Menteri Bukan Keutamaan GPS Sokong Muhyiddin

KUCHING – Jawatan dalam Kabinet Persekutuan bukan keutamaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata pendirian itu sebaliknya demi kepentingan negara agar tidak terus terjerumus ke dalam kancah perbalahan politik berpanjangan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Menteri Sarawak, berkata GPS akan meneliti dahulu sekiranya Kerajaan Persekutuan pimpinan Muhyiddin mengemukakan tawaran jawatan Menteri Kabinet kepada kepada wakil rakyat gabungan berkenaan.

“Pertama sekali, saya ingin mengulangi pendirian yang kami ambil itu (menyokong Muhyiddin) adalah untuk memastikan krisis politik negara berakhir dan mahu hak serta kepentingan Sarawak diberi keutamaan oleh pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baharu.

“Namun jika ada tawaran, kami akan teliti. Kami juga bersetuju apabila Muhyiddin berikrar untuk melantik anggota Kabinetnya kalangan individu yang bersih dan berintegriti,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas pembukaan Forum Antara Penganut Agama peringkat negeri sempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia 2020 di Pusat Penerangan Islam (IIS), di sini hari ini.

GPS mempunyai 19 kerusi Parlimen dan daripada jumlah itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai 13 kerusi; Parti Rakyat Sarawak (PRS) – tiga; Parti Demokratik Progresif (PDP) – dua dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) – satu.


Katanya, GPS mahu krisis politik yang tercetus berakhir segera agar tumpuan dapat diberikan kepada usaha untuk mentadbir negara.

“Sebab itu, apabila diminta menetapkan pendirian, GPS menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan, kami tidak mahu negara terus ‘tergantung’ tanpa kerajaan. Apa yang berlaku sekarang bukan masalah kita (GPS), tetapi masalah di sana (Kerajaan Persekutuan).

“Semua nak jadi Perdana Menteri dan apabila diminta menetapkan pendirian, GPS menyokong Muhyiddin kerana ketika itu negara kita tiada kerajaan dan sekurang-kurangnya dengan tindakan GPS, negara kita kembali stabil apabila ada Perdana Menteri,” katanya.

Semalam, Ketua Whip GPS di Parlimen, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata mereka memberi mandat kepada Abang Johari untuk memutuskan sama ada Sarawak sepatutnya mempunyai jawatan Menteri dalam Kabinet Persektuan yang baharu.

Ditanya pendirian GPS mengenai gabungan Perikatan Nasional yang turut disertai UMNO dan PAS yang dianggap sesetengah pihak di negeri ini sebagai parti ekstremis, Abang Johari berkata, pihaknya tidak mahu memikirkannya ketika ini. – BH Online

Kategori