Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

12 Mangsa Ribut Di...

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan 12 mangsa yang cedera petang semalam...

Video: KJ Terkedu Lepas...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) sering diberi jolokan 'tall, dark and...

Pejuang Palestin, Askar Zionis...

BANDAR GAZA – Tentera Israel dan pejuang Palestin saling bertukar serangan udara dan...

VIDEO: Ini Jadinya Bila...

KEBIASAANNYA, lelaki yang menghadapi masalah tidak dapat mengawal panas baran mudah terdorong untuk...

Jailani Perlu Bayar RM10 Juta Jika Keluar PKR

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu membayar RM10 juta kepada PKR kerana bertindak keluar parti walaupun setakat ini belum ada perisytiharan rasmi oleh ADUN terbabit mengenai tindakan itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Halim Bachik, berkata bayaran itu berdasarkan perjanjian antara semua ADUN dan Ahli Parlimen PKR ketika mereka dipilih sebagai calon mewakili parti berkenaan dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mei dua tahun 2018.

“Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Muhammad Jailani berhadapan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh PKR Pusat,” katanya.

Muhammad Jailani juga EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka.

Halim berkata, walaupun setakat ini ADUN berkenaan belum membuat perisytiharan rasmi keluar PKR, beliau secara peribadi menyifatkan tindakan Muhammad Jailani menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai isyarat jelas sudah berbuat demikian.

Bagaimanapun, PKR Pusat setakat ini tidak memecat ADUN terbabit, malah belum memanggilnya untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyokong PN semalam.


“Semua ADUN dan Ahli Parlimen PKR diwajibkan membayar RM10 juta kalau keluar parti tetapi jika mereka dipecat, tidak perlu bayar,” katanya pada sidang media bersama Pengerusi PH, Adly Zahari di Ibu Pejabat AMANAH di Bukit Katil, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew.

Semalam Muhammad Jailani dan ADUN DAP Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dilaporkan hadir dalam sidang media Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh mengenai keyakinan PN membentuk kerajaan negeri yang baharu menggantikan PH. – BH Online

Kategori