• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 3 Ahli Parlimen Bersatu Menentang Muhyiddin

oleh
01/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUN Dr. Mahathir Mohamad perlu melalui proses pemilihan semula parti jika beliau ingin kembali menjadi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, mengikut perlembagaan parti, mereka yang meletak jawatan atau diberhenti perlu dipilih semula melalui pemilihan parti.

Menurutnya, sepatutnya tidak ada isu yang perlu digembar-gemburkan kerana Dr. Mahathir sendiri yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

“Mengikut perlembagaan parti selepas beliau meletak jawatan untuk dilantik semula perlu melalui proses pemilihan dalam parti semula.

“Sekarang ini, Presiden, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang memangku jawatan Pengerusi itu dan sebab itu saya minta Setiausaha Agung (Datuk Marzuki Yahya) berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ahli parti,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah Muhyiddin, di Bukit Damansara, hari ini.

Mohd Redzuan berkata, kenyataannya berkaitan jawatan Pengerusi Bersatu dan beberapa isu dilihat melanggar perlembagaan parti.

Beliau juga tidak menolak atas kebijaksanaan Presiden akan menggantikan jawatan Setiausaha Agung sekarang yang melanggar perlembagaan parti.

“Isu enam Ahli Parlimen menentang Presiden juga tidak benar sebaliknya hanya tiga orang saja iaitu Dr. Mahathir; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Kita hormat dengan prinsip mereka namun ahli diminta bertenang dan kita akan perbaiki bagi merapatkan saf kembali untuk membina negara,” katanya.

Beliau juga akan mencadangkan Exco Armada Nasional, Muzzammil Ismail memangku jawatan Ketua Armada jika benar Syed Saddiq melanggar perlembagaan parti kepada Muhyiddin sebelum pemilihan baru diadakan.

“Berhentilah berpolitik kerana kita nak bangunkan negara selepas rakyat resah dalam seminggu ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: BERSATUMahathir MohamadMuhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

11/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB  GOMBAK – Kehadiran ramai penyokong pada Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor di sini malam tadi...

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Ada baiknya kita ‘berpuasa’ dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan" Demiikian saranan Penolong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd