• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Dron Pantau PKP Di 12 ‘Lokasi Panas’ COVID-19

oleh
24/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan keselamatan akan menggunakan dron bagi memantau pergerakan orang ramai dan menyampaikan mesej berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 12 ‘lokasi panas’ penularan COVID-19 di ibu kota.

Dron berkenaan yang dilengkapi dengan sistem pembesar suara akan digunakan menyampaikan mesej berkaitan PKP dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil di ‘lokasi panas’ seperti Petaling Jaya, Lembah Pantai, Titiwangsa serta beberapa lokasi lain.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata penggunaan dron dalam kawalan pasukan keselamatan ini adalah tindakan berkesan dalam membuat kawalan dan pengawasan dengan lebih cepat.

“Dron ini boleh terbang dengan senyap dan mampu digerakkan ke lokasi yang sukar dimasuki oleh pasukan keselamatan serta digerakkan untuk pemantauan.

“Selain dari 12 lokasi panas, dron juga akan digerakkan ke kawasan sasaran yang dikenal pasti masih ada orang ramai yang degil dengan melanggar arahan PKP,” katanya ketika menyaksikan ujian penggunaan dron di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador serta pegawai kanan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Affendi berkata dengan penggunaan dron, sebarang bentuk arahan dapat disampaikan dengan berkesan untuk mencapai objektif PKP dan mengurangkan penularan COVID-19.

“Dron adalah aset kerajaan dan dalam pada masa sama kita juga menerima sumbangan daripada peserta industri tempatan untuk digunakan lebih banyak untuk memantau pergerakan serta membuat liputan di sesuatu lokasi,” katanya. – BH Online

Tags: dronperintah kawalan pergerakanZon Merah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

26/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menggunakan dron bagi memantau himpunan pembangkang ditunjangi PAS di sekitar bandar raya ini. Tinjauan mendapati teknologi itu...

18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel

18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel

19/06/2025
0

TEHRAN - Polis Iran menahan seramai 18 individu di Mashhad kerana disyaki menjalankan bengkel rahsia pembuatan dron intipan dan serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd