• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan ‘Royal Coup’ Hina Institusi Diraja

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) digulingkan secara ‘royal coup’ (rampasan diraja) disifatkan melampau dan menghina institusi diraja di negara ini.

Pakar perlembagaan, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz, berkata segala tindakan diambil Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam menyelesaikan krisis politik negara baru-baru ini, adalah berpandukan kuasa diperuntukkan kepada Seri Paduka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan, Perkara 43 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, secara jelas menyebut Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik seorang Perdana Menteri, yang pada hemat Seri Paduka mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia adalah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, yang tidak sama dengan sistem di negara-negara lain.

“Kenyataan ‘royal coup’ telah menghina institusi diraja di Malaysia dan mencabar kedaulatan negara,” katanya kepada BERNAMA, hari ini.

Semalam, sebuah akhbar dari United Kingdom seolah-olah menggambarkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kelapan sebagai ‘royal coup’.

Sementara itu, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman, menegaskan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri melambangkan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam menyelesaikan kemelut politik negara.

“Ahli MUBARAK memberi sokongan penuh kepada Tuanku (atas pelantikan Muhyiddin) kerana ia keputusan yang bijak, dibuat secara terbuka dan demokratik. Sebab itu kami tidak rasakan ia satu ‘royal coup’.

“Ini kebijaksanaan Tuanku menyelesaikan masalah. “Itu (keputusan Seri Paduka) termaktub dalam peruntukan perlembagaan dan bukannya di luar kerangka perlembagaan persekutuan. Cara Tuanku mengendalikan krisis ini adalah sangat hebat dan telus,” katanya.

Tags: Al-Sultan Abdullahhina institusi dirajaperikatan nasionalYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Parti Komponen PN Dilarang Kritik Sesama Sendiri Secara Terbuka –  Takiyuddin

Parti Komponen PN Dilarang Kritik Sesama Sendiri Secara Terbuka – Takiyuddin

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengingatkan semua pimpinan serta ahli parti komponennya supaya tidak membuat sebarang kritikan secara terbuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd