• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19 Di Luar China Cecah 44,067 Kes – WHO

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Sejumlah 44,067 kes Covid-19 dilaporkan di 117 negara dan wilayah di luar China sehingga semalam, peningkatan 6,703 jangkitan berbanding hari sebelumnya, menurut laporan harian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jumlah kes disahkan di seluruh dunia meningkat 6,729 kes kepada 125,048, lapor agensi berita Xinhua.

Di luar China, 310 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian sebanyak 1,440.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, semua negara yang terjejas tidak boleh berputus asa dan perlu terus berjuang membendung wabak Covid-19, yang kini telah diisytiharkan sebagai pandemik.

Perancis, Turki, Honduras dan Côte d’Ivoire telah melaporkan kes Covid-19 buat kali pertama dalam tempoh 24 jam lalu.

Selain itu, WHO telah menyemak semula klasifikasi jangkitan di Brunei, Luxembourg, Qatar, Kuwait, Maghribi dan Panama daripada ‘kes import’ kepada ‘jangkitan tempatan’. Sementara Pakistan ‘jangkitan tempatan’ kepada ‘kes import’.

Laporan WHO itu turut mendedahkan sebanyak 71 negara dan wilayah di luar China menyaksikan jangkitan tempatan.

Tags: ChinaCovid-19who
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd