• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: China Tutup Laluan Gunung Everest

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Pihak berkuasa China membatalkan permit dan menutup semua laluan pendakian Gunung Everest di sebelah Tibet susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, laluan pendakian di sebelah Nepal masih dibuka dengan setiap pendaki diminta menyerahkan sejarah perjalanan 14 hari dan rekod perubatan.

Penunjuk arah, Lukas Furtenbach daripada Furtenbach Adventures yang berpangkalan di Austria berkata, penutupan itu melibatkan laluan pendakian di sebelah utara.

Katanya, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain memindahkan 11 kliennya ke Nepal.

Difahamkan, kawasan tumpuan pelancong di Tibet telah ditutup sejak Januari lalu.

Sementara itu, seorang lagi penunjuk arah, Adrian Ballinger daripada Alpenglow Expeditions telah membatalkan pendakian ke Everest.

“Saya setuju dengan tindakan China. Ia langkah yang bertanggungjawab bagi mengelak penyebaran Covid-19 di base camp,” katanya.

Setiap tahun, Everest menarik ratusan pendaki dari seluruh dunia.

Musim bunga dianggap waktu terbaik untuk mendaki puncak tertinggi dunia itu disebabkan cuaca kondusif yang berlangsung sepanjang April dan akhir Mei.

Tahun lalu, seramai 885 pendaki berjaya menawan puncak Everest di mana 644 orang memulakan pendakian di laluan Nepal dan 241 lagi dari bahagian utara Tibet. – Agensi

Tags: ChinaCovid-19gunung everest
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd