• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Contohi Pengorbanan Besar JDT Setuju Potong Gaji

oleh
30/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN, jurulatih dan kakitangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bukan sahaja bersetuju dengan pemotongan gaji sebanyak 33 peratus, malah mereka juga akan mendermakan sebahagian daripada gaji mereka untuk disalurkan kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan dikeluarkan FAM berkata, pengorbanan yang ditunjukkan para pemain dan pegawai pasukan JDT itu seharusnya dicontohi pasukan lain dalam Liga-M.

“Apa yang telah ditunjukkan oleh JDT ini merupakan contoh pengurusan terbaik sesebuah kelab dalam menangani permasalahan yang boleh dianggap sebagai isu global kini,” katanya.

Menurutnya, penghargaan sudah tentu seharusnya diberikan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di atas usaha positif ini dan cara baginda menguruskan kelab secara keseluruhannya.

Katanya, beliau berharap agar pasukan-pasukan dalam Liga-M dapat mengadakan perbincangan terbuka dan mencapai satu keputusan bersama berhubung isu pembayaran gaji dalam keadaan yang sukar ketika ini demi menjaga kepentingan arena bola sepak negara.

JDT mengumumkan langkah yang diambilnya itu semalam menerusi catatan di laman Facebook rasmi pasukan itu atas kesedaran mengenai situasi dan keperluan semasa demi meringankan beban kelab selepas saingan Liga-M ditangguh sejak 16 Mac lalu akibat penularan wabak Covid-19 selain membantu mereka yang terjejas dan memerlukan akibat wabak berkenaan. 

Tags: Covid-19JDTkelab bola sepakpotong gaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

21/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah apabila merekodkan 109 perlawanan liga tanpa kalah, sekali gus memecahkan rekod...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd