• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan RM600 Sebulan Pekerja Terpaksa Cuti Tanpa Gaji

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk tempoh maksimum enam bulan.

Bantuan tersebut layak diberikan kepada pekerja-pekerja yang diberi notis mulai 1 Mac 2020 serta pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin memberitahu, bantuan kewangan dengan nilai RM120 juta itu merupakan salah satu langkah yang diambil sebagai tambahan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) yang telah diumumkan pada 27 Februari lalu.

Ia bakal memberi manfaat kepada kira-kira 33,000 pekerja.

Selain itu, diskaun elektrik yang sebelum ini hanya diberikan kepada sektor pelancongan diluaskan kepada sektor-sektor lain.

Ini termasuk sektor komersial, perindustrian dan pertanian dan pengguna domestik yang mana akan menerima diskaun penggunaan tenaga sebanyak dua peratus bermula 1 April hingga 30 September ini.

Langkah tersebut melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM500 juta dan akan dimanfaatkan lebih daripada 10 juta isi rumah dan pengguna komersial, industri dan pertanian.

“Hasil daripada mesyuarat tersebut kerajaan akan memastikan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) seperti yang telah diumumkan 27 Februari 2020 serta meneruskan pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), MRT2 serta Pelan Gentian dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

“Kerajaan juga akan meneruskan dasar fiskal yang bertanggungjawab dan dasar mesra perniagaan bagi menarik pelaburan yang berkualiti,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi yang pertama hari ini.

Tambah Muhyiddin, projek-projek kecil bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam PRE2020 akan mula dilaksanakan pada April ini sambil dipantau oleh Ketua Setiausaha Negara manakala laporan mingguan akan diberikan kepada Perdana Menteri.

Jelasnya, projek-projek tersebut akan memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur luar bandar dan akan dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor Bumiputera kecil.

Kementerian Kewangan juga katanya, telah mengeluarkan Pekeliling berkuatkuasa hari ini untuk menaikkan siling cabut undi daripada RM50 ribu kepada RM100,000 dan sebut harga daripada RM500,000 kepada RM800,000. – MalaysiaGazette

Tags: bantuan kewanganCovid-19cuti tanpa gaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd