• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan RM130 Juta Kepada Setiap Negeri Tangani Krisis

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan berjumlah RM130 juta kepada negeri-negeri untuk membantu kerajaan negeri menangani krisis COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata peruntukan ini boleh digunakan untuk memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil, bantuan kepada pesakit COVID-19 dan ahli keluarga mereka serta menyediakan keperluan kepada petugas-petugas di peringkat kerajaan negeri yang terlibat dalam menangani krisis ini. 

“Peruntukan sama rata akan diberi kepada setiap negeri, tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan negeri berkenaan. Krisis yang sedang kita hadapi ini memberi kesan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan politik,” katanya pada sidang media di sini hari ini yang disiarkan secara langsung oleh televisyen dan media sosial.

Jelas Muhyiddin, semua pihak tanpa mengira fahaman politik mestilah bersama-sama berganding bahu dan bersatu-padu untuk menangani krisis yang sedang dihadapi ini.

“Menjaga keselamatan rakyat, kesihatan rakyat dan nyawa rakyat adalah tanggungjawab bersama yang melangkaui batas politik,” tegasnya. 

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi yang antara lain mendapatkan penerangan terperinci mengenai situasi terkini kewangan negara.

Ini termasuk penurunan mendadak harga minyak mentah dunia dan penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan ke atas pertumbuhan ekonomi dan kedudukan semasa kewangan negara.  

Tags: bantuan kerajaanCovid-19kerajaan negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majoriti Netizen Sokong Titah TMJ Tegur PMX, Kerajaan Persekutuan

Majoriti Netizen Sokong Titah TMJ Tegur PMX, Kerajaan Persekutuan

21/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Rata-rata netizen khususnya rakyat Johor didapati menyatakan sokongan terhadap titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegur...

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengambil pendirian yang betul dengan menghadiri majlis Kerajaan Persekutuan bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd