• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azwan Ali Minta Maaf Celupar Terhadap Kakitangan Hospital

oleh
26/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGACARA popular, Azwan Ali tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pengurusan Hospital Putrajaya atas dakwaan menghina kakitangan hospital itu dalam mengendalikan wabak Covid-19.

Azwan menerusi rakaman video berdurasi 4 minit 16 saat yang dimuat naik di saluran YouTube DivaAATersohor itu semalam, berharap permohonan maaf itu diterima pihak terbabit.

“Saya nak ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan mulut ‘hangsuang’ dan mulut ‘tersial’ saya. Truly Diva AA nak buat macam mana kan, dah memang begitu kaedahnya.

“Terkini, mohon maaf terbuka kepada Hospital Putrajaya khasnya doktor, pengurusannya kerana kandungan ‘Perutusan Khas Diva AA Part 3’ menjadi begitu panas dan mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak yang tertekan, diganggu emosi sebagainya. Saya mohon maaf.

“Tentu saja, saya kutip setiap hikmah yang berlaku di sebalik kejadian yang tidak dijangka ini. Sekali lagi, mohon maaf kepada pengurusan Hospital Putrajaya. Buang yang keruh ambil yang jernih,” katanya.

Menerusi video yang dirakam di hadapan pusat beli-belah terkenal di Bandar Sunway itu, Azwan berniat untuk memberi sumbangan berupa rendang masakannya.

“Dekat nak bulan puasa dan raya ini, insya Allah, kalau ada rezeki saya akan masakkan rendang Diva AA dan disedekahkan kepada pengurusan yang tersinggung dengan kata-kata saya.

“Saya percaya pihak pengurusan Hospital Putrajaya akan bersikap terbuka dan menerima permohonan maaf daripada saya. Kita kadang-kadang tak jaga mulut dan bahasa. Mungkin ramai suka mulut celupar saya yang maki hamun sana sini, tapi ada juga pihak yang akan tersinggung. Jadi kena hormat.

“Kalau betul bersalah, kena reda dan minta maaf. Tak jadi masalah. Hidup bukannya lama. Kita atas dunia ini jangan bagi orang dendam kepada kita. Itulah pendirian saya semoga permohonan maaf terbuka ini diterima oleh pihak pengurusan Hospital Putrajaya,” katanya.

Terdahulu, pada Selasa lalu, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang menjejaskan imej hospital itu dan kredibiliti kakitangan serta pegawai perubatan dalam mengendalikan Covid-19.

Dalam kenyataan itu, Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Nora’i Mohd Said berkata, video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.

Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama.

Difahamkan video pertama milik penyanyi, Dayangku Intan dan kedua daripada Azwan Ali.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro menghubungi Dayangku Intan bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya kerana dia tidak menjawab panggilan telefon. – myMetro Online

Tags: Azwan AliCovid-19hospital putrajaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd