Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Abang Terlajak Laris Terima...

TERDAHULU, isteri kepada pengasas produk kosmetik terkenal D’Herbs menjadi viral menerusi laman sosial...

Reman 9 Individu Termasuk...

PUTRAJAYA -Tempoh reman sembilan individu termasuk dua ketua polis daerah dilanjutkan lima hari...

1,660 Lokasi Berisiko Tular...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,660 lokasi berisiko kepada penularan COVID-19 dikenal pasti menerusi...

Tidak Putus, Idris Sedang...

TANGGAL 20 Januari lalu sepatutnya menjadi tarikh bersejarah bagi pelakon kacak Idris Khan...

Azwan Ali Didenda RM17,000 Hina Petugas Hospital Putrajaya

KUALA LUMPUR – Bekas pengacara, Azwan Ali, dijatuhi hukuman denda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membuat penghantaran yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19.

Dia dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan, 54, menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Terdahulu, Azwan Ali yang berpakaian serba hitam, didakwa menggunakan laman YouTube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya. – BH Online

Kategori