• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Faizal Ketuai PN Menghadap Sultan Nazrin

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba di Istana Kinta pada jam 9.10 pagi tadi untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Difahamkan, perjumpaan itu adalah bagi sembah maklum pembentukan barisan kepimpinan baharu iaitu melalui gabungan Perikatan Nasional seperti yang diumumkan semalam.

Semalam, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan bahawa parti itu bersama UMNO dan PAS mencapai persetujuan membentuk gabungan baharu selepas memperoleh majoriti 32 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Gabungan Perikatan Nasional di Perak diwakili 25 kerusi UMNO, PAS (3) dan Bersatu (4).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang sebelum ini Bebas dan ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah pun umum keluar parti dan menyertai Bersatu.

Turut difahamkan, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamed dan Pesuruhjaya PAS, Razman Zakaria akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Nazrin hari ini.

Ketiga-tiga pemimpin parti terbabit dijangka menyembah maklum kepada Sultan Nazrin calon Menteri Besar Perak mewakili parti masing-masing. – Sinar Harian

Tags: Menteri Besar Perakperikatan nasionalSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan parti itu akan tetap menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd