• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

828 Individu Ditahan Langgar PKP Semalam

oleh
30/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mendedahkan seramai 828 orang ditahan semalam selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau menjelaskan, kesemua individu terbabit ditahan ketika rondaan dan sekatan jalan raya yang dilakukan seluruh negara ketika ini.

“Sasaran kita sebenarnya untuk mengurangkan jumlah tangkapan, namun jumlah yang semakin banyak setiap hari menunjukkan masih ramai rakyat yang tidak patuh pada arahan dikeluarkan.

“Jumlah tangkapan semakin meningkat ini juga menunjukkan bahawa polis mengambil tindakan lebih tegas berbanding sebelum ini,” katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, setakat semalam, sebanyak 1,520 sekatan jalan raya dan memeriksa 257,287 kenderaan telah dilakukan.

“Sehingga semalam, seramai 67,774 anggota PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditugaskan bagi memantau penguatkuasaan PKP dan kita mempunyai simpanan lebih ramai yang akan dikerah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri turut memaklumkan sekatan jalan raya di plaza tol akan ditingkatkan kepada 114 sekatan selepas ini.

“Sebelum ini, sekatan di plaza tol melibatkan 23 sekatan dan semalam ditingkatkan lagi kepada 65 plaza tol,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd