• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

742 Individu Ditahan Ingkar PKP Hari Ke-13

oleh
31/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 742 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-13 semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua individu itu ditahan ketika sekatan jalan raya dan rondaan yang dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

“Hari sebelumnya (kelmarin), seramai 828 individu yang ditahan dan kalau kita lihat semakin menurun (mereka yang ditahan).

“Saya harap trend ini akan berterusan dan memberi gambaran bahawa rakyat semakin sedar tentang perlunya mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahan turut menjelaskan, setakat hari ini, seramai 165 individu telah dituduh di mahkamah dan enam daripada mereka telah dijatuhkan hukuman denda serta penjara.

“Semua rakyat perlu melihat bahawa perintah ini merupakan perintah yang serius. Jadi saya harap patuhilah setiap arahan ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 1,547 sekatan jalan raya telah dilakukan setakat semalam.

“Daripada itu, sebanyak 383,488 kenderaan telah diperiksa dan 22,586 pemeriksaan mengejut dilakukan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd