• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Senjata Perubatan Lawan Covid-19 – Najib

oleh
26/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkongsi mengenai tiga senjata perubatan yang digunakan di beberapa negara bagi melawan wabak koronavirus (Covid-19) dari segi kesihatan.

Tiga senjata perubatan itu menurut Najib adalah kit ujian pantas, ubat dan vaksin.

“Sejak minggu lepas, Amerika Syarikat telah meluluskan dua lagi kit ujian pantas iaitu Kit yang boleh digunakan dengan mesin popular GeneXpert dari syarikat Cepheid dan kit ujian dari syarikat Mesa.

“Singapura juga sedang menghasilkan kit ujian diberi nama Cepat. Mereka kata, kit ujian itu mampu memberi keputusan yang tepat dalam masa lima minit sahaja.

“Mereka merancang untuk menghantar kit ujian ini untuk mendapat kelulusan dari kerajaan Singapura dalam masa sebulan. Jika diluluskan, ianya kit ujian Covid-19 paling laju di dunia,” katanya.

Menurut Najib, selain mengkaji ubat baharu, beberapa ubat sedia ada berkesan mengubat pesakit Covid-19 dengan salah satunya, ubat Hydroxychloroquine yang diagung-agungkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Katanya, ubat itu wujud sejak berpuluh tahun dahulu bagi mengubati malaria, tetapi didapati berkesan untuk kes Covid-19 di Perancis.

“Kajian berskala kecil di Perancis melibatkan 26 pesakit mendapati kesemua pesakit sembuh sepenuhnya apabila diberi ubat hydroxychloroquine.

“Kesannya bertambah baik apabila pesakit juga diberi antibiotik azithromycin.

“Oleh kerana ujian tersebut, negara Bahrain telah mula menggunakan ubat hydroxychloroquine untuk pesakit Covid-19 manakala negara India telah mengharamkan eksport ubat tersebut,” katanya.

Tambah Najib, di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji untuk menggunakan dua jenis ubat yang berpotensi dari China dan Jepun dipanggil Avigan yang merupakan ubat selesema sedia ada sejak 2014.

Bagi vaksin pula menurutnya, United Kingdom, Amerika Syarikat, Rusia, China dan Singapura sedang menguji vaksin masing-masing.

“Diramalkan bahawa paling cepat vaksin baharu boleh diluluskan dan dihasilkan untuk kegunaan orang ramai ialah sebelum akhir tahun.

“Vaksin memberi pertahanan kepada orang ramai untuk mencegah mereka jatuh sakit apabila dijangkiti Covid-19,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19kit ujian pantasNajib Tun RazakubatVaksin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd