• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pemimpin PN Perak Menghadap Sultan Nazrin

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiga pemimpin utama Perikatan Nasional Perak hari ini menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di sini, bagi menyembah maklum mengenai situasi politik terkini di negeri berkenaan.

Mereka yang mula tiba di istana berkenaan kira-kira 2.30 petang tadi ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Ini kali kedua ketiga-tiga pemimpin berkenaan menghadap Sultan Nazrin selepas yang pertama pada Selasa setelah Perikatan Nasional Perak sepakat untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Pada Selasa, Sultan Nazrin memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.

Sehari sebelum itu, Ahmad Faizal  mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu mendapat sokongan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada keseluruhan 59 ADUN bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

Pada 5 petang ini, tujuh bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, dijangka menghadap Sultan Nazrin.

Tags: istana kintakerajaan negeri Perakperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peserta Ijtimak Tabligh Diminta Hubungi Pejabat Kesihatan

Next Post

Bicara 1MDB Tangguh, Shafee Dikuarantin Kerana COVID-19

Related Posts

Sultan Nazrin Terima Menghadap Perdana Menteri Di Istana Kinta

Sultan Nazrin Terima Menghadap Perdana Menteri Di Istana Kinta

02/12/2022
0

IPOH : Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana...

PRU15: Pengarah SPR Perak Mengadap Sultan Nazrin Di Istana Kinta

PRU15: Pengarah SPR Perak Mengadap Sultan Nazrin Di Istana Kinta

20/11/2022
0

IPOH – Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Mohd. Nazri Ismail tiba di Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan...

Next Post

Bicara 1MDB Tangguh, Shafee Dikuarantin Kerana COVID-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd