• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kematian, 91 Pulih, 156 Kes Baharu Covid-19

oleh
30/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA kes kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Kes kematian yang dilaporkan itu termasuk kematian ke-35 dilaporkan malam tadi, membabitkan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), wanita tempatan berusia 57 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan itu dalam negara ketika ini sebanyak 37 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 156 dilaporkan hari ini, mencatatkan 2,626 kes keseluruhan dalam negara.

Musim penyakit… Cuba perkuatkan imunisasi tubuh anda dan anak anda…. Pilih Immune Defence – KLIK

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 94 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 62 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Hari ini, bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital seramai 91 pesakit.

“Paling tinggi setakat ini. Jumlah keseluruhan telah sembuh (daripada jangkitan Covid-19) dan discaj seramai 479 orang (keseluruhan),” katanya.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini:

1) Kes kematian ke-36 (kes ke-1941)

• Lelaki warga tempatan berusia 47 tahun yang dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020.

• Disahkan meninggal dunia 30 Mac, 8.10 pagi.

2) Kes kematian ke-37 (kes ke-2471)

• Wanita tempatan berusia 46 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun.

• Wanita ini dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac, 9.02 pagi. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCkematianKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd