• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Dipenjara Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

oleh
26/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dua lelaki menjadi individu pertama di Sabah didenda dan dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana menghalang anggota polis yang menjalankan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kedua-dua tertuduh Yong Tze Hou, 26, pekerja di restoran milik keluarganya dihukum penjara 10 bulan manakala Injimar Abu Gafar, 33, dikenakan denda RM6,000 atau penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana ia adalah kesalahan pertama dan kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Tze Hou diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap semalam dan Injimar akan dirujuk kepada pihak Imigresen.

Berdasarkan fakta kes, Tze Hou didakwa menghalang penjawat awam iaitu seorang anggota polis daripada melakukan tugas ketika menjalankan rondaan di kawasan Jalan Kampung Cenderakasih sehingga ke Jalan Bukit Bendera sehingga berlaku insiden mengejar pada jam 1.30 pagi semalam.

Sementara Injimar, pemegang kad pengenalan merah didakwa menghalang pejawat awam iaitu seorang pegawai polis berpangkat Inspektor menjalankan tugas dalam sekatan jalan raya apabila enggan bekerjasama dan mengeluarkan kata-kata kesat di Jalan Tuaran Batu 7, Inanam pada jam 9.15 malam, Isnin lalu.

Pertuduhan terhadapnya kedua-dua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya, Khairul Anuar Abd Halim memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum, untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat. – BH Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd