• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Kes Kematian, 212 Kes Baru Covid-19

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan empat kes kematian koronavirus baharu (Covid-19) dalam negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes sehingga kini.

Menurutnya, kes kematian ke-11 membabitkan lelaki tempatan berumur 70 tahun.

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Beliau disahkan meninggal dunia semalam.

“Kes kematian ke-12 membabitkan lelaki tempatan berusia 70 tahun. Dia adalah jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang. Dia disahkan meninggal dunia hari ini,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, kematian ke-13 membabitkan lelaki berumur 49 tahun yang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

“Dua adalah anak kepada kes ke-1031. Dia disahkan meninggal dunia hari ini. Kes kematian ke-14 ialah wanita berumur 51 tahun yang juga kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri.

“Dia disahkan meninggal dunia hari ini,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini negara merekodkan 212 kes baru menjadikan keseluruhan 1,518 kes setakat hari ini.

“Daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dalam siasatan. Sebanyak 57 dalam ICU termasuk 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Seramai 20 pesakit Covid-19 sudah sembuh dan dibenarkan pulang sehingga hari ini. Ini menjadikan 159 pesakit Covid-19 berjaya sembuh dan discaj hospital.

“Tahniah dan terima kasih kepada anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19Ijtimak TablighkematianKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd