• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida Mohon Bercuti Dari Tugas Naib Presiden PKR

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Zuraida Kamaruddin menyerahkan permohonan bercuti daripada menjalankan tugas naib presiden PKR sehingga siasatan Lembaga Disiplin terhadapnya selesai.

Setiausaha politiknya, Nor Hizwan Ahmad mengesahkan permohonan itu dihantar 2 hari lalu.

“Surat permohonan telah dihantar kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR.

“Sama ada diterima atau tidak belum dimaklumkan lagi,” katanya pada sidang media khas bersama beberapa pemimpin dan ahli PKR Bahagian Ampang hari ini.

Pada 29 Januari lalu, Zuraida menghantar jawapan kepada surat tunjuk sebab bertarikh 15 Januari.

Lembaga Disiplin PKR dilapor memulakan siasatan ke atas pelbagai aduan salah laku membabitkan ahli dan pemimpin parti itu, termasuk Zuraida yang dipercayai berkait insiden ketika dan selepas Kongres Nasional PKR di Melaka 2 bulan lalu.

Zuraida sebelum ini didakwa menghina ahli parti itu dan mendedahkan butiran perbualannya dengan Anwar ketika berucap dalam satu majlis makan malam pada 8 Disember lalu.

Beliau mendakwa Anwar cuba meyakinkannya salah seorang lelaki dalam video seks sejenis yang tersebar Jun tahun lalu ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ketua Wanita Pakatan Harapan itu turut mendakwa penilaian Anwar dilihat terjejas akibat pengaruh “budak pampers” dan “gengster” dalam parti yang merujuk Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil serta Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. – FMT

Tags: PKRZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd