• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Undi Percaya PM Mahu Pecah Belah PH – Anwar

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu dibawa PAS ke Dewan Rakyat bertujuan untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan (PH).

Anwar berkata, beliau percaya usaha parti Islam itu tersebut tidak akan berjaya.

“PAS biasalah. Itu usul PAS, kita tidak anggap itu perkara yang serius.

“Itu hanya usaha untuk pecahbelahkan (PH). Dia akan gagal. Dia gagal dalam pilihan raya dan ini strategi dia. Kita tidak akan tertipu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepetang Alumni Yayasan Anda Akademik di sini hari ini.

Sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan pada satu sidang media bersama memaklumkan usul undi percaya akan dibawa ke Dewan Rakyat.

Menurutnya, usul itu bertujuan untuk menyokong Dr. Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Katanya, keputusan tersebut diambil setelah mendapati wujud beberapa pihak yang menggembar-gemburkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri itu namun sehingga kini tiasa usul undi tidak percaya dibuat oleh mana-mana pihak.

Ditanya adakah isu PAS mahu membawa usul undi percaya ke Dewan Rakyat wajar dibawa pada Majlis Presiden PH, Anwar berpendapat ia tidak wajar dibincangkan.

“Tiada asas. Tidak pernah berlaku dalam sejarah (pembangkang bawa usul) tetapi inilah PAS.

“Dia (PAS) boleh hamun cerca orang secara maksimum, sekarang dia beri sokongan maksimum. Bukan canggung sikit tetapi tidak pernah berlaku dalam sistem demokrasi,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamadpakatan harapanPASundi percaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd