• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tak Bincang Nama Perdana Menteri Baharu

oleh
24/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang perbincangan dalam kalangan pemimpin UMNO, mengenai siapa yang bakal dicadangkan parti itu untuk jawatan Perdana Menteri, susulan peletakan jawatan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata jawatan terbabit hanya akan ditentukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tiada (perbincangan siapa bakal calon Perdana Menteri). Itu Yang di-Pertuan Agong yang tentukan,” katanya ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Ditanya mengenai situasi politik semasa negara, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berkata sudah tiba masanya kerajaan bertukar.

“Baguslah ada tukar kerajaan. Pasaran saham kita jatuh, ringgit pun jatuh. Setakat ini semua sudah tiada jawatan menteri…semua menteri dah gugur dan kerajaan pun sudah jatuh,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata semua Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) masih menunggu ‘lampu hijau’ untuk ke Istana Negara.

Katanya, sebagai ahli parlimen, semua rakan-rakan berusaha dan menyerahkan kepada ketentuan Allah SWT.

“Kita merancang, Allah menentukan. Saya mahu tenang saja,” katanya.

Bung Mokhtar berkata, dalam pertemuan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak mereka bersatu dan sentiasa bersama-sama di dalam BN.

Ahli Parlimen BN dilihat meninggalkan Menara Dato Onn pada jam 6 petang selepas berada di situ sejak tengah hari tadi.

Mereka dilihat memakai sut lengkap dipercayai sedang menunggu perkembangan lanjut untuk ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong. – BH Online

Tags: Perdana MenteriTengku Razaleigh HamzahUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd