• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Berarak Tolak ‘Deal Of The Century’

oleh
07/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 500 umat Islam berarak sebelum berhimpun di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini, selepas solat Jumaat, hari ini sebagai membantah pelan damai Presiden AS, Donald Trump.

Bantahan anjuran PAS dan UMNO yang turut disertai kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam itu berarak dari bangunan Lembaga Tabung Haji dan tiba di pekarangan bangunan Kedutaan AS kira-kira jam 2.20 petang.

Ahli Dewan Undangan Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata bantahan ini sebagai mewakili semua umat Islam di negara ini bagi membantah pelan damai anjuran Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu itu yang jelas berat sebelah.

“Selain perhimpunan bantahan hari ini, kita turut nyatakan bantahan menerusi kenyataan media bagi menunjukkan pendirian rakyat Malaysia berhubung isu berkenaan.

“Pada Selasa lalu, kita turut menghantar satu memorandum bantahan kepada wakil kedutaan AS di pejabat mereka menyatakan rasa tidak setuju kita dengan 81 muka surat pelan damai yang digelar ‘Deal of the century’ itu,” katanya pada sidang media sebaik perhimpunan bantahan itu selesai, tadi.

Jelas beliau, pelan damai berkenaan dibuat tanpa mengajak wakil Palestin dan sekutunya dalam membuat satu ketetapan.

“Menerusi perhimpunan hari ini, kita berharap Trump dan Netanyahu serta semua kuasa-kuasa besar dunia memahami bahawa apa yang berlaku di Palestin sekarang bukan kerana Islam semata-mata tetapi ia berkaitan isu kemanusiaan kerana sudah puluhan tahun orang Palestin dizalimi.

“Kita selari dengan pegangan pihak Wisma Putra yang tidak bersetuju dengan ‘Deal of the century’ itu,” katanya.

’Deal of the century’ yang diperincikan oleh Trump akhir Januari lalu, diberikan motto muluk, iaitu Peace to Prosperity atau Keamanan Menuju Kemakmuran bertujuan untuk memadamkan tuntutan rakyat Palestin dan melenyapkan negara Palestin dari peta dunia.

Trump dan Netanyahu seperti cuba merasuah penduduk Palestin untuk meninggalkan perjuangan membebaskan tanah air mereka dan melupakan cita-cita untuk mendirikan negara Palestin berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Mereka menjanjikan kemakmuran kononnya dengan menawarkan suntikan dana bagi membangunkan infrastruktur, mewujudkan rangkaian perdagangan bebas dengan Gaza sebagai pelabuhan antarabangsa di bawah kedaulatan Israel atau lebih tepat di bawah penindasan sistem aparteid Israel.

Di bawah tawaran itu, AS dan Israel secara sepihak mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sementara rakyat Palestin ditawarkan satu tempat tidak jelas kedudukannya di luar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Pada perhimpunan bantahan yang berakhir kira-kira jam 4 petang itu, peserta turut dilihat membakar sepanduk replika Trump serta bendera AS dan Israel sebagai simbol bantahan kepada kekejaman AS dan Israel. – BH Online

Tags: Amerika SyarikatIsraelPalestinPASumat IslamUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan PAS yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd