• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tikam Bekas Isteri Hingga Mati Kerana Enggan Rujuk

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang lelaki menikam bekas isterinya hingga mati, hanya kerana mangsa menolak untuk rujuk kembali dalam kejadian di bilik sewa wanita itu di tingkat dua Segama di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa Rina Amat, 37, yang cedera parah akibat ditikam dengan pisau di bahagian dada dan pergelangan tangan, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan pada jam 3.27 petang.

Difahamkan, mangsa bekerja menjual sayur di Pemasaran Perikanan Sabah (SAFMA), manakala bekas suaminya adalah seorang nelayan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian pada jam 2.20 petang sejurus menerima aduan daripada orang awam.

“Pasukan polis berjaya menahan suspek berhampiran lokasi kejadian, manakala bekas isterinya yang cedera parah dikejarkan ke HQEI untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai datang menemui mangsa di bilik sewanya untuk mengajak wanita itu merujuk kembali hubungan mereka.

“Bagaimanapun, mangsa enggan dan berlaku pergaduhan di antara mereka sebelum suspek menikam bekas isterinya di bahagian dada dan pergelangan tangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, suspek berusia 37 tahun itu dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BH Online

Tags: bekas isterikes bunuhkes tikam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd