• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sidang Media, Pemimpin Bersatu ‘Kunci Mulut’

oleh
23/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini enggan memberi sebarang ulasan selepas mempengerusikan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, awal hari ini.

Beliau yang juga Perdana Menteri tidak membuat sebarang sidang media seperti biasa sekiranya selepas mempengerusikan mesyuarat parti.

Mesyuarat kepimpinan tertinggi yang bermula jam 9 pagi tadi bagaimanapun berakhir jam 2.45 petang tadi di Ibu Pejabat Bersatu Malaysia, di Bangunan Yayasan Selangor.

Selain Mahathir, turut bertindak ‘kunci mulut’ dan tidak mahu berkongsi sebarang mesyuarat parti itu ialah Pengerusi Bersatu Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Bagaimanapun kesemua pemimpin itu hanya mendiamkan diri dan tergesa-gesa memasuki kereta masing-masing sebelum meninggalkan ibu pejabat Bersatu.

Mesyuarat MPT Bersatu yang bermesyuarat hari ini dipercayai sebagai tindak balas kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat lalu.

Mesyuarat MPPH itu antara lain memuktamadkan soal peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sidang Kemuncak APEC, hujung tahun ini.

Selain itu, khabar angin juga berlegar dalam media sosial sejak malam bahawa Bersatu juga akan memutuskan pendirian politik mereka sama ada mahu kekal bersama PH atau sebaliknya.

Dalam masa sama, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan tertutup dengan ahli Parlimen Larut daripada Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan Pengerusi Keadilan Sarawak, Baru Bian di Hotel Sheraton hari ini.

Malah lebih mengejutkan, pimpinan UMNO juga mengadakan mesyuarat tertutup dengan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Selain itu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga mengadakan mesyuarat tergempar mereka di Menara Dato’ Onn, di Ibu negara, yang bermula jam 3.30 petang ini. – MalaysiaGazette

Tags: BERSATUMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Konvensyen BERSATU Selangor: Sayap Bersekutu Jadi Kunci Agenda Inklusif, Sasar Sokongan PRU16

Konvensyen BERSATU Selangor: Sayap Bersekutu Jadi Kunci Agenda Inklusif, Sasar Sokongan PRU16

26/04/2026
0

SHAH ALAM – Kehadiran Sayap Bersekutu dalam Konvensyen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Selangor dilihat sebagai langkah signifikan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd