• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat UMNO, PAS Tak Dapat Dipenuhi – Najib

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendedahkan syarat yang diletakkan oleh UMNO dan PAS untuk tidak melibatkan dalam kerajaan baru tidak dapat dipenuhi.

Berikutan itu, usaha pembentukan kerajaan baru bersama Muafakat Nasional tidak dapat diteruskan.

“Ya. Muafakat Nasional memang ada beri sokongan kepada usaha pembentukan kerajaan baru selepas runtuhnya PH.

“Ini adalah demi kesinambungan dan kestabilan Malaysia tetapi sokongan yang diberi adalah bersyarat.

“Syaratnya ialah kerajaan baru ini tidak melibatkan DAP. Namun, memandangkan syarat ini tidak dapat dipenuhi maka usaha pembentukan kerajaan baru tidak dapat diteruskan lagi,” katanya melalui akaun Facebook beliau.

Oleh yang demikian, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Muafakat Nasional mahu mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Kembalikan hak rakyat menentukan pihak mana yang wajar membentuk kerajaan.

“Kuasa di tangan RAKYAT! TOLAK PH2.0. BUBAR PARLIMEN!” katanya.

Dalam kenyataannya itu, Najib mahu krisis itu ditamatkan dan cukup-cukuplah membawa cerita pintu belakang, pintu depan.

“Cukuplah krisis ini. Cukuplah cerita backdoor, front door. Rumah pun dah tiada.

“Nak berlanjutan sampai bila?” soalnya kerana kekalutan yang berlaku ini jelas pemimpin PH berebut kuasa.

Akan tetapi, mereka menyalahkan orang lain.

“Tapi mereka salahkan orang lain? Salahkan UMNO dan PAS?” soal beliau. – MalaysiaGazette

Tags: muafakat nasionalNajib Tun RazakPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

UMNO Negeri Sembilan Harus Kembali ke Pangkal Jalan Bersama PH – Lim Guan Eng

UMNO Negeri Sembilan Harus Kembali ke Pangkal Jalan Bersama PH – Lim Guan Eng

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO tidak seharusnya menjadi gunting dalam lipatan, sebaliknya perlu kembali ke pangkal jalan dengan menyokong Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd