• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Ambil Tindakan Sewajarnya Kekosongan Kerusi DUN Pujut

oleh
13/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan sewajarnya setelah mendapat pemakluman rasmi berhubung keperluan mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kawasan Pujut berikutan penyandangnya dilucutkan kelayakan menyandangnya.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini berkata pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak berkaitan kekosongan itu diperlukan berdasarkan peruntukan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak.

“Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari 2020 yang memutuskan bahawa Dr. Ting Tiong Choon telah hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.74 Pujut,” katanya.

Dalam keputusan majoriti 7-2 melibatkan panel sembilan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat pada Selasa lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa DUN Sarawak membuat keputusan betul dalam melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut berhubung statusnya memiliki dua kewarganegaraan.

Dalam sidang media yang diadakan di sini pada hari yang sama keputusan mahkamah itu dibuat, Speaker DUN Sarawak, Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar berkata tiada keperluan baginya untuk menulis kepada SPR memaklumkan kekosongan kerusi berkenaan.

Menurutnya pilihan raya kecil tidak akan diadakan bagi mengisi kekosongan itu memandangkan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak turut menyatakan bahawa ia tidak perlu diisi jika berlaku pada tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh penggal DUN akan berakhir, iaitu pada Jun 2021.

Perkara 21(5) itu turut menyebut tentang keperluan mengadakan pilihan raya kecil jika speaker memberitahu SPR secara bertulis bahawa jumlah kekuatan parti yang menjadi majoriti ahli DUN terkesan oleh kekosongan tersebut.

“Keperluan untuk speaker menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tidak timbul dan tanpa pemberitahuan itu, tidak (akan) ada pilihan raya kecil,” kata Mohamad Asfia.

Tags: DAP SarawakDUN PujutSPRting tiong choon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd