Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Pemandu Kereta Rentung Nahas...

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu kereta rentung manakala pemandu bas ekspres bersama 10...

Isu Gambar Seksi, Isteri...

KECOH semalam apabila Hafiz Hamidun mengaku tidak tahu-menahu mengenai gambar seksi isterinya di...

Jersi P.Pinang Dikutuk Macam...

GEORGE TOWN - Meskipun Mohd. Faiz Subri mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia...

Koo-Tan Juara Beregu Lelaki...

KUALA LUMPUR - Gandingan veteran negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong membuktikan mereka...

Shafie Kelihatan Di Hotel Mesyuarat GPS

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir di sebuah hotel di sini, sebentar tadi, yang menjadi lokasi mesyuarat membabitkan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) tiba kira-kira jam 5.30 petang bersama beberapa pegawainya.

Ketika ditanya media tujuan beliau hadir di hotel berkenaan, Mohd Shafie hanya berkata “tiada apa-apa”, dan terus menaiki lif ke tingkat atas.

Mesyuarat membabitkan Ahli Parlimen GPS berlangsung di hotel ini sejak jam 2 petang tadi.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Sejak pagi tadi, wujud desas-desus berhubung pembentukan gabungan kerajaan baharu antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Amanah Negara (AMANAH), sebahagian Ahli Parlimen UMNO dan PKR, PAS, GPS serta WARISAN. – BH Online

Kategori