• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sensitiviti Eksport Malaysia Ke China Pengaruhi Dagangan Ringgit

oleh
07/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan peningkatan berterusan unit negara maju itu susulan data ekonominya yang kukuh.

Pada 9 pagi ini, ringgit disebut pada 4.1290/1320 berbanding dolar AS daripada 4.1200/1250 pada Khamis.

Ketua Strategis Pasaran AxiCorp, Stephen Innes berkata, sebahagian besar mata wang Asia didagangkan lebih rendah hari ini yang dijejaskan oleh tindakan pengurangan cukai membabitkan 1,717 barangan AS oleh China yang menjadi sebahagian daripada persetujuan perjanjian perdagangan fasa pertama dengan Washington.

Mengulas ringgit, beliau berkata mata wang tempatan itu didagangkan dalam lingkungan sasaran dagangan pagi akhir minggu ini, berkemungkinan besar disebabkan oleh sensitiviti eksport Malaysia ke China yang dilihat lebih lemah susulan penularan novel koronavirus 2019.

Pada masa sama, katanya, peniaga tempatan juga dilihat telah menerima impak susulan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang disifatkan sebagai langkah proaktif.

Pada bulan lepas, BNM bertindak menurunkan OPR kepada 2.75 peratus daripada 3.00 peratus sebagai langkah awal untuk mengukuhkan trajektori pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Kita mungkin menyaksikan berlakunya penyusutan pada hujung minggu ini yang merupakan kesukaran bersifat sementara namun akan disusuli dengan keuntungan jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9769/9806 daripada 2.9739/9786 pada Khamis dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7577/7608 daripada 3.7495/7555, semalam.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.5332/5382 daripada 4.5312/5375 tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3400/3456 daripada 5.3445/3526, sebelum ini.

Tags: ChinaDolar ASEkonomikoronavirusRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd