• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 2 Dekad Menunggu, Anwar Sedia Tunggu Sedikit Lagi

oleh
07/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia menunggu enam bulan lagi sebelum mengambil alih sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan yakin beroleh sokongan mencukupi di Parlimen bagi tujuan itu.

Dr. Mahathir mengetuai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan menang besar pada pilihan raya umum Mei 2018, menerusi kerjasama dengan beberapa musuh tradisi, termasuk Anwar, bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak yang kini berdepan tuduhan rasuah berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr. Mahathir sebelum ini berjanji untuk menyerahkan portfolio Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya, namun mengubah pendirian untuk kekal sebagai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya hingga November ini, bagi menganjurkan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Pemimpin berusia 94 tahun itu turut berkata, Anwar perlu memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sudah menunggu selama 20 tahun, lanjutan enam bulan lagi bukan satu masalah.

“Jika ada permintaan untuk kembali ke Parlimen, sudah pasti ia boleh dilakukan, namun PH memiliki kuasa majoriti ketika ini. Walaupun bukan anggota PH, sebahagiannya akan menyokong Perdana Menteri.

“Saya juga diberi jaminan itu. Mereka menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan akan meneruskan sokongan itu apabila saya dilantik,” katanya dalam wawancara dengan Reuters hari ini.

Beliau turut menyuarakan keyakinan akan menerima sokongan semua rakan sekutu gabungan PH, sama seperti yang diberi kepada Dr. Mahathir.

Anwar sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tempoh 22 tahun Dr. Mahathir menyandang portfolio Perdana Menteri keempat, namun dipecat selepas terbabit dalam pertelingkahan susulan Krisis Kewangan Asia.

Menurut Anwar, beliau sedia melupakan kisah silam yang penuh kepahitan dan sanggup memberi ruang kepada Dr. Mahathir untuk meneruskan sumbangan memajukan negara, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kehadiran beliau akan membantu meningkatkan keyakinan ramai dan menyumbang kepada kestabilan serta keamanan negara.

“Tidak akan wujud sebarang perbezaan ketara dalam dasar politik. Akan wujud penekanan berbeza, namun atas kapasiti peribadi, saya mengalu-alukan kehadiran dan sumbangan beliau,” katanya.

Anwar juga memberitahu, akan berusaha memulihkan hubungan antara India dan Malaysia yang sedikit keruh selepas kritikan Dr. Mahathir berhubung dua dasar baharu dilaksanakan New Delhi, yang menjejaskan dagangan minyak sawit antara kedua-dua negara. – Agensi

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Kerajaan Persekutuan tidak menolak keperluan negeri mencari hasil tambahan, tetapi ia perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar, keselamatan...

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd