• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saifuddin Anggap SD Sokong Mahathir Khabar Angin

oleh
13/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menganggap akuan bersumpah (SD) yang didakwa ditandatangani oleh ahli Parlimen termasuk dari parti itu bagi menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal sekadar khabar angin.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui hal tersebut menerusi laporan berita.

“Setakat ini saya anggap khabar angin,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama pihak industri di kementeriannya di sini.

Saifuddin berkata, setakat ini tiada mana-mana pihak yang mendekatinya.

“Kami tidak tahu, tidak ada pengesahan dan itu masih kekal sebagai berita yang dilaporkan. Tidak ada sesiapa yang tampil dan setakat yang saya semak tidak ada,” katanya.

Saifuddin berkata, Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bermesyuarat pada 21 Februari depan.

“Yang saya tahu akan bermesyuarat seperti biasa. Itu yang saya tahu,” katanya.

Semalam, Portal Sarawak Report melaporkan sumber mendakwa bahawa ahli Parlimen dari UMNO, PAS, Bersatu selain ahli Parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ‘telah digesa untuk datang ke Kuala Lumpur’ bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam terakhir.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau tidak diberitahu secara rasmi mengenai hal tersebut.

Menurutnya, sehingga sekarang, beliau masih belum dimaklumkan mengenai kesahihan dakwaan mahu menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kami tidak tahu, tidak ada pengesahan dan itu masih kekal sebagai berita yang dilaporkan. Tidak ada sesiapa yang tampil dan setakat yang saya semak tidak ada,” katanya.

“Saya tidak menerima sebarang maklumat rasmi (berkaitan kesahihan dakwaan itu),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini hari ini.Anwar berkata, keutuhan kesatuan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dipertikaikan biarpun ada usaha daripada pihak pembangkang yang mahu memecahbelahkan gabungan tersebut. 

Katanya, fokus utama beliau ialah mengenai keperluan memberikan perhatian kepada masalah dihadapi rakyat dan menstabilkan ekonomi Malaysia. – Sinar Harian

Tags: akuan bersumpahMahathir MohamadSaifuddin Nasution Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

Kedai Makanan Laut Mahal Di Pangkor Diserbu KPDN

‘Cukup Sudah Jumlah SD, Tunggu Hari Sahaja’ – Sanusi

07/01/2024
0

Kuala Nerang: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang cukup...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd