• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rombongan Ahli Parlimen PKR Naik Bas Pergi Istana Negara

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jika semalam kumpulan ahli parlimen Muafakat Nasional menaiki bas nampak kumpulan Pakatan Harapan (PH) hari ini juga menaiki bas pergi ke Istana Negara.

Pagi ini sebuah bas persiaran pelancong membawa lebih 40 ahli Parlimen PKR kira-kira jam 10.30 pagi tadi bagi sesi temubual dengan Yang Dipertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Antara yang menaiki bas persiaran dua tingkat itu menghadiri sesi temubual bersama YDPA termasuklah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, antara yang turut berada dalam bas yang sama ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Kehadiran ahli parlimen PKR itu disambut dengan laungan ‘reformasi’ oleh para penyokong termasuk kumpulan Otai Reformasi yang ada di perkarangan Istana Negara.

Bagaimanapun setakat 11.30 pagi ini belum kelihatan ahli-ahli parlimen dari DAP dan Amanah.

Proses sesi temubual bersama YDPA itu dilakukan bagi menentukan jumlah kerusi bagi pembentukan kerajaan baharu selepas kabinet dibubarkan kerana peletakan jawatan tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertindak keluar daripada PH yang menjadi gabungan parti pemerintah sebelum ini. – MalaysiaGazette

Tags: Ahli Parlimen PKRIstana Negarapakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd