Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lebih 200 Pelajar Di...

IPOH - Seramai 216 pelajar di tiga sekolah di sini dikesan menghidap gejala...

Penalti Pengendali E-Hailing Langgar...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan...

Helikopter TLDM Jalani Tiga...

KUALA LUMPUR - Dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera...

Bangunan UMNO Di Jalan...

ISKANDAR PUTERI - Ketua Pembangkang Johor Datuk Ir Hasni Mohammad menegaskan bahawa bangunan...

PTPTN Umum Dividen 4 Peratus SSPN

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) empat peratus untuk dua Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2019 iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pemberian dividen berkenaan membabitkan anggaran peruntukan RM147.25 juta dan akan memanfaatkan 4.39 juta pendeposit PTPTN.

Tahun lalu, SSPN memperoleh keuntungan pelaburan berjumlah RM205.27 juta, peningkatan RM41.73 juta atau 25.52 peratus berbanding RM163.54 juta tahun sebelumnya.

ā€œSelaras hasrat kerajaan untuk memastikan simpanan dalam SSPN sentiasa terjamin dan dilindungi, PTPTN mengamalkan kaedah pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal, di samping memberi pulangan atau keuntungan yang tinggi dan positif.

ā€œKeuntungan SSPN bagi 2019 sebanyak RM205.27 juta ini adalah yang tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah PTPTN,ā€ katanya pada majlis pengumuman Dividen 2018 Skim SSPN di ibu pejabat PTPTN di sini, hari ini.

Beliau berkata, PTPTN turut mengumumkan program Ganjaran Kesetiaan 2020 dengan pendeposit SSPN-i yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Ganjaran Kesetiaan satu peratus atas simpanan dalam tempoh promosi. – BH Online

Kategori