• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Akan Kumpul Bukti Sokongan Ahli Parlimen

oleh
29/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIMPINAN Pakatan Harapan (PH) akan mengumpul bukti sokongan untuk dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya yakin bahawa jumlah kerusi memihak kepada PH mencukupi.

“Saya bersama rakan-rakan pakatan sedang mengumpul bukti sokongan. Kita berasakan dari segi hak kami akan berusaha kerana yakin angka itu akan kami cuba buktikan melalui SD (akuan bersumpah) serta sokongan diberikan kepada Tun (Dr. Mahathir) dan itu proses akan kami lalui.

“Kita akan cuba mengadakan mesyuarat pada petang hari ini di Yayasan Al-Bukhari yang turut akan disertai Tun (Dr. Mahathir) dan lihat segala peraturan dan saluran perlembagaan untuk kita kemukan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan seperti diumumkan Istana Negara, Salahuddin berkata, beliau terkejut dengan pengumuman itu.

“Disebabkan itu, kami cari jalan bagaimana harus membuat sesuatu yang kita akan buktikan dengan hujah kukuh.

“Ketua-ketua parti sudah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong di istana pagi tadi dan jumlah itu akan diumumkan nanti.

“Kita diberikan tempoh masa oleh istana semalam untuk mengumpulkan bukti. Malah, sehingga jam 5 petang ini pun masih lagi kumpul,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pulai. – myMetro Online

Tags: Ahli Parlimenpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd