• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PETRONAS Mohon Gantung Pendengaran Saman Ditolak

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bagi menggantung pendengaran saman yang dikemukakan terhadapnya oleh Pengawal Cukai Jualan Negeri (SST) dan kerajaan negeri Sarawak.

Pesuruhjaya Kehakiman, Christopher Chin membuat keputusan itu di dalam kamar, dihadiri peguam Alvin Chong yang mewakili PETRONAS dan Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri, Datuk Seri J C Fong.

Chin berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keputusannya sebelum ini yang menolak permohonan PETRONAS untuk menggugurkan kelayakannya daripada mendengar kes itu pada 23 Januari.

“Oleh itu, penggantungan pendengaran saman ini jika tiada sebarang perkara yang secara langsung menjejas reputasi saya, akan menunjukkan saya gagal dalam melaksanakan tugas saya, suatu pengesahan kekurangan dalam sistem pesuruhjaya kehakiman dan menunjukkan kesilapan dalam peruntukan perlembagaan kita yang berkaitan institusi kehakiman,” katanya.

Berikutan keputusan mahkamah hari ini, kes berkenaan akan didengar pada 13 Mac.

PETRONAS melalui peguam utamanya, Datuk Malik Imtiaz Sarwar, memohon prosiding itu digantung sementara menunggu rayuan syarikat minyak dan gas nasional itu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Chin pada 23 Januari yang menolak permohonan syarikat itu agar beliau menarik diri daripada mendengar saman itu.

Pengawal SST Sarawak dan kerajaan negeri memfailkan writ saman serta tuntutan terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi di sini pada 21 November, bagi mendapatkan cukai jualan negeri yang belum dibayar oleh syarikat minyak dan gas negara itu kepada Sarawak.

Tags: petronassamansarawakSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Bangladesh memohon bantuan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) bagi membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu....

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd