• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Dilarang Hadir, Terbabit Himpunan Politik

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjawat awam dilarang sama sekali daripada menghadiri atau terbabit dalam sebarang perhimpunan berkaitan politik dan membuat apa-apa pernyataan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata penjawat awam juga dilarang mengedar atau menularkan berita palsu dalam media sosial atau sebarang medium komunikasi lain, dan melakukan perkara bertentangan dengan kehendak serta ketetapan undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuat kuasa.

“Penjawat awam mestilah mengekalkan pendirian apolitical dan berkecuali. Saya juga memohon semua penjawat awam untuk bertenang dan meneruskan tugas mengikut undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuat kuasa,” katanya menerusi edaran surat yang bertarikh 25 Februari 2020 kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.

Mohd Khairul Adib menegaskan, penjawat awam perlu terus menjunjung dan mempertahankan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dengan melaksanakan tugas seperti yang dipertanggungjawabkan.

Penjawat awam juga perlu memastikan semua sistem penyampaian kerajaan terus berjalan lancar dan rakyat seharusnya mendapat perkhidmatan berkualiti seperti sedia ada.

Isnin lepas, negara dikejutkan dengan peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Kemudian, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan itu dan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Mohd Zuki memaklumkan Al-Sultan Abdullah, atas nasihat Perdana Menteri, turut berkenan membatalkan pelantikan menteri dan sehubungan itu, tugas anggota pentadbiran (merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama.

Tags: HimpunanPenjawat Awampolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd