• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Akan Saman Syed Saddiq – Asyraf Wajdi

oleh
02/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemuda UMNO akan memulakan prosedur saman terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menuduh UMNO terbabit dalam kejadian serangan sekumpulan individu di Ulu Tiram, Johor malam tadi.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, laporan polis akan dibuat Pemuda UMNO Johor pada petang ini berhubung tuduhan palsu Syed Saddiq yang juga ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Melampau kamu wahai Syed Saddiq! Kamu bergaduh sama sendiri musim pemilihan Armada, kamu tuduh UMNO yang cetuskan.

“Kalau berani buat laporan polis dan tulis terang-terang tuduhan kamu seperti dalam Facebook ini. Mudah kami Pemuda UMNO menyaman kamu buat laporan palsu.

“Sudahlah kes dengan Saudara Azri Papagomo dulu kamu tuduh beliau mencekik leher sehingga tisu terkoyak masih berjalan di mahkamah. Tunggulah pula saman kedua jika kamu terus menuduh UMNO yang menyebabkan kamu lompat pagar malam tadi,” katanya di laman Facebook hari ini.

Asyraf berkata demikian dengan memuat naik tangkap layar kenyataan Syed Saddiq di media sosial itu dengan tuduhan mengesyaki penglibatan UMNO dalam kejadian tersebut.

Dalam kenyataannya, Syed Saddiq memberitahu bahawa Armada turut membuat laporan polis terhadap sekumpulan individu yang sengaja mencetuskan huru-hara pada majlis pertemuan sayap parti itu di sebuah resort di Ulu Tiram, Johor malam tadi.

“Mereka disyaki daripada pihak pembangkang iaitu UMNO yang sengaja datang untuk mengganggu program kami. Namun tindakan mereka sangat ganas dan merbahaya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: armada bersatuAsyraf Wajdi DusukiPemuda UMNOSyed Saddiq
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

25/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan...

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd