JAKARTA – Pelakon filem Indonesia, Nanie Darham ditahan pihak berkuasa negara terbabit kerana dipercayai menjual dadah jenis kokain kepada pelanggan kelas pertengahan dan atas.
Nanie yang menjadi pelakon pembantu dalam filem Air Terjun Pengantin itu ditahan pihak berkuasa di kediamannya di sebuah apartmen di kawasan Setia Budi, Jakarta Selatan.
Lapor Liputan 6, Nanie mengedar kokain selama setahun dan menjual dadah berkenaan dengan harga tinggi sekitar 4 juta rupiah (RM1,208) untuk satu gram (g).
Kali terakhir, dadah itu dipesan seorang pengacara dikenali sebagai W yang ditahan bersama lelaki bernama J.
Ketua Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Metro Jaya Polis, Yusri Yunus berkata, mereka menolak pelanggan pelakon terbabit terdiri daripada rakan artis mahupun pekerja pejabat.
“Kita tidak boleh mengatakan pembeli itu adalah seorang artis atau kakitangan pejabat.
“Maksudnya, mereka yang mampu membeli 4 juta rupiah satu gram itu sudah pasti dari kelas pertengahan dan ke atas,” katanya.
Katanya, siasatan awal menunjukkan artis terbabit mengaku memperoleh bekalan dadah itu daripada pengedar antarabangsa.
“Pada 2 Februari lalu, Direktorat Penyelidikan Narkotik Polis Jakarta menahan dua lelaki, JA dan WED di Apartmen Mega Kuningan, Setia Budi.
“Turut dirampas bersama mereka adalah kokain seberat 14.86g sebelum menggeledah rumah JA yang turut menemukan kokain 8.12g.
“Siasatan lanjut mendapati, kedua-dua lelaki terbabit mendakwa membeli kokain daripada seorang wanita dikenali dengan nama singkatan NAD,” katanya. – Agensi