• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Hentikan Prosiding Individu Sokong LTTE

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara hari ini, membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Katanya, beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang.

Antara yang dituduh sebelum ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, G Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60.

“Memang kelaziman untuk mempunyai idola dan bukan sekadar bintang pop, ahli sukan atau pelakon. Mempunyai gambar dan representasi lain yang berkaitan mereka dalam telefon bimbit atau akaun Facebook (FB) seseorang, tidak menukar seseorang menjadi pengganas.

“Ini tema umum semua tertuduh LTTE. Setiap mereka mempunyai gambar Prabhakaran (Pengasas LTTE, Velupillai Prabhakaran) dan pemimpin lain LTTE yang terbunuh semasa Perang Saudara di Sri Lanka dalam telefon bimbit atau akaun FB mereka.

“Sekiranya perbuatan ini boleh terjumlah sebagai kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Tommy berkata, mungkin terdapat elemen ‘perbuatan pengganas’ pada pihak semua atau mana-mana antara 12 tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau memaparkan gambar berkenaan atau Prabhakaran.

“Mustahil bagi pendakwaan untuk membuktikan bahawa mereka tidak termasuk dalam kategori pengecualian Seksyen 130B(4) Kanun Keseksaan, iaitu sekadar terjumlah ‘sokongan, bantahan atau pertentangan pendapat’,” katanya. – BH Online

Tags: ADUN DAPLTTEPeguam NegarapengganasTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

21/08/2026
0

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka mengemukakan permohonan bagi beberapa projek penambahbaikan bernilai keseluruhan kira-kira RM2 juta...

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

22/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan keputusan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd