• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Konsisten Bentuk Kerajaan Tanpa DAP

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS membayangkan parti itu mempunyai peluang terlibat dalam pembentukan kerajaan baharu di peringkat Persekutuan susulan situasi politik semasa.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak menolak kemungkinan menjadi kerajaan di peringkat Pusat, bagaimanapun parti itu mengambil sikap tunggu dan lihat.

Menurutnya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam dunia politik hari ini termasuk juga dengan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan.

“Tidak tahu lah lagi, cuma dengan kemungkinan yang ada ini kita akan berada dalam kerajaan. Kita ada 18 kerusi Parlimen.

“Ahli Parlimen PAS sekarang ini berada di sana bersedia dengan apa sahaja kemungkinan,” katanya ketika ditemui media di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, sebagaimana UMNO, PAS juga tidak akan sertai kerajaan baharu bakal dibentuk nanti sekiranya DAP turut bersama.

“Itu pendirian PAS dan UMNO, memang kita tidak akan sertai kerajaan yang ada DAP. Kalau Amanah kita tidak tahulah benda ini kita tidak bincang,” katanya.

Semalam Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan parti itu lebih rela kekal sebagai pembangkang sekiranya DAP turut bersama dengan kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti.

Sementara itu, Mohd Amar memberitahu, PAS konsisten memberi sokongan terhadap Dr. Mahathir untuk meneruskan kepimpinan sehingga tamat penggal.

“Pendirian ini tidak pernah berubah meskipun Tun Mahathir keluar dari Pakatan Harapan. Beliau dipilih berdasarkan majoriti dan pendirian kita tetap sama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Amar berharap Dr. Mahathir yang dilantik sebagai Perdana Menteri Interim tidak mengambil masa lama untuk menyelesaikan masalah itu.

“Kalau keadaan ini berlarutan ia akan menjejaskan negara, politik, ekonomi dan semalam pun sudah berapa bilion ringgit keluar, sudah hilang dari pasaran saham. Sebab itu kita harap ia dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.

Berhubung pentadbiran di Kelantan pula, Mohd Amar memaklumkan ia berjalan seperti biasa.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak terjejas, cuma kita harap bila naik kerajaan baharu ini ia akan jadi lebih baik, itu harapan kita,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ahli ParlimenDAPPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd