• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Batal Hasrat Bawa Usul Undi Percaya Kepada PM

oleh
22/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS membatalkan hasrat untuk membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen ekoran daripada keputusan terbaharu berhubung peralihan kuasa oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, usul itu tidak lagi relevan selepas ketetapan yang dilakukan itu telah berjaya menghentikan percubaan untuk menukar Perdana Menteri dengan cara yang tidak demokratik.

“Ia tidak lagi relevan untuk membawa usul ini lagi kerana Perdana Menteri kini boleh memberikan tumpuan untuk melaksanakan segala dasar dan memulihkan semula ekonomi tanpa gangguan politik,” katanya kepada akhbar The Star di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, hasrat PAS bukanlah untuk mengambil alih kerajaan apabila mencadangkan usul tersebut tetapi mahu supaya berlaku kestabilan dalam politik negara.

“Apa yang kami mahukan ialah kestabilan dalam politik,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH mengumumkan keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH bahawa beliau diberikan mandat untuk menentukan sepenuhnya proses dan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beberapa portal melaporkan mesyuarat itu berlangsung dalam suasana tegang termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia mempertimbang keluar daripada PH jika Dr. Mahathir terus didesak melepaskan jawatan. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadPASperalihan kuasaundi percaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mencadangkan formula perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO sebagai langkah merealisasikan penyatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd