• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakistan Tingkat Import Sawit Malaysia Imbangi ‘Ancaman India’

oleh
04/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pakistan melahirkan minatnya untuk mengimport lebih banyak minyak sawit dari Malaysia, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perkara itu disampaikan kepada beliau semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang sedang dalam rangka lawatan rasminya ke negara ini, di Perdana Putra, di sini, hari ini. 

“Kami ada berbincang tentang jualan minyak sawit dan Pakistan sudah cukup bersedia untuk mengimport lebih banyak minyak sawit dari Malaysia,” kata Dr. Mahathir pada sidang media bersama dengan Imran Khan selepas pertemuan itu. 

Imran Khan yang bersetuju dengan Dr. Mahathir berkata Pakistan menyedari bahawa India ada mengancam untuk menyekat import minyak sawit dari Malaysia kerana menyokong Kashmir. 

“Pakistan akan melakukan yang terbaik untuk mengimbanginya,” katanya. 

Dilaporkan pada bulan lepas bahawa India mengehadkan import minyak sawit ditapis dan meminta pengimport agar mengelak membeli dari Malaysia selepas kritikan terhadap tindakan India di Kashmir dan undang-undang kewarganegaraan baharu negara itu.  

Mengenai perkembangan lain, Dr. Mahathir berkata Malaysia berharap pelaburannya di Pakistan akan meneroka perniagaan kejuruteraan lain selepas pengeluar kereta nasional Proton melabur dalam kilang pemasangan pembuatan di negara tersebut.

“Kita dapati bahawa Pakistan memiliki jumlah penduduk yang ramai sebanyak 200 juta orang dan sudah tentunya banyak keperluan mereka boleh dihasilkan dalam Pakistan itu sendiri secara usaha sama dengan Malaysia,” katanya.

Pada Mac tahun lepas, Dr. Mahathir dan Imran Khan menyaksikan majlis pecah tanah simbolik pembinaan kilang pemasangan pembuatan Proton di negara tersebut. Kilang itu yang terletak berdekatan Karachi di Wilayah Sindh akan menjadi kilang pertama Proton di rantau Asia Selatan.

Menurut Imran Khan, Pakistan terletak di lokasi strategik dan mempunyai akses ke pasaran China menerusi Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC).

“Kami membangunankan zon ekonomi khas untuk menarik pelaburan, yang boleh mengeksport produk ke China,” katanya.

Tags: Indiaminyak sawit MalaysiaPakistan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd