• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Otai Reformis Turun Ke Jalan Desak Mahathir Serah Kuasa

oleh
22/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kumpulan pro-Anwar Ibrahim berkata keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak menetapkan tarikh peralihan kuasa daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada presiden PKR itu, sudah dijangka.

Setiausaha Kumpulan Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata walaupun keputusan malam tadi nampak tidak memihak kepada Anwar, pihaknya tetap dengan pendirian sebelum ini untuk mendesak Mahathir berundur dan menyerahkan kuasa pada Mei tahun ini, bukannya selepas Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada November.

Razak berkata, kumpulan ini akan menggunakan “pelan B” di mana mereka akan kembali turun ke jalanan bagi mendesak peralihan kuasa berlaku pada Mei ini sepertimana sejarah 1998.

“Otai Reformis dan rakan NGO masih tetap konsisten bahawa Mei 2020 adalah tarikh akhir Dr. Mahathir melepaskan jawatan, jadi ‘pelan B’ kita akan teruskan sedikit masa nanti.

“Mobilisasi pelan B turun ke jalan raya sedang kita atur dalam masa terdekat.

“Imbau balik sejarah kami, Anwar di dalam Penjara Sungai Buloh semasa kami atur demonstrasi jalanan era 1998, jadi tiada bezanya kami sekarang ini,” katanya kepada FMT.

Kumpulan itu juga turut menyenaraikan beberapa alasan kenapa Mahathir perlu segera melepaskan jawatan, antaranya PH tidak lagi diyakini di bawah teraju pengerusi PPBM itu apabila tewas di PRK Tanjung Piai dan Semenyih.

“Dua kawasan itu, calon yang bertanding adalah dari PPBM. Malah idea NAP (National Automotive Plan) 2020 untuk menghasilkan kereta nasional ke-3 adalah salah satu contoh pembaziran wang rakyat.

“Bukan itu sahaja isu penjualan saham-saham 3 anak syarikat Petronas kepada syarikat-syarikat yang tidak dikenali, sangat mencurigakan kita dan itu juga antara sebab kami berpandangan kenapa Mahathir harus diturunkan pada Mei 2020 ini.

“Tempoh 9 bulan dari sekarang hingga selepas Apec pada November akan menyaksikan Mahathir melakukan lebih banyak pembaziran wang rakyat,” katanya.

Kumpulan itu juga akan teruskan jelajah ke negeri-negeri bagi memberi penerangan kepada akar umbi supaya menolak Mahathir.

Sementara itu, penulis buku pro-Anwar, Shahbudin Husin menyifatkan keputusan mesyuarat malam tadi mengecewakan rakyat dan ia gambaran zaman gelap Malaysia akan berpanjangan.

“Dalam usia menuju 95 tahun, Tun Mahathir tanpa berselindung memperlihat sisi tamak dan rakus kuasa yang ada dalam dirinya.

“Tun Mahathir dengan jelas memungkiri janjinya sendiri untuk menjadi perdana menteri selama 2 tahun.

“Tidak mustahil bila selesai sidang Apec nanti, lain pula belit dan alasannya untuk terus bertakhta sebagai orang paling berkuasa di negara ini,” katanya menerusi tulisan blog terbarunya sambil memaklumkan tiada kemajuan ekonomi dilakukan sepanjang 2 tahun Mahathir menarajui kerajaan PH.

Pimpinan tertinggi PH malam tadi sepakat untuk tidak menetapkan tarikh peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar.

Mahathir berkata, majoriti pimpinan bersetuju untuk beliau memutuskan tarikh bila akan menyerahkan kuasa perdana menteri.

“Terpulang pada saya sama ada saya nak lepas atau pun tak lepas. Itulah kepercayaan yang ditunjukkan parti kepada saya,” katanya Mahathir. – FMT

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadOtai Reformis 1998peralihan kuasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd