• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Zuraida Diketahui Selepas Mesyuarat MPP PKR

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nasib Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, dalam parti hanya akan diketahui selepas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bermesyuarat pada akhir bulan ini.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, berkata pada mesyuarat itu nanti, MPP akan membincangkan keputusan Lembaga Disiplin yang bertanggungjawab menilai surat jawapan Ahli Parlimen Ampang terbabit berhubung dakwaan melanggar disiplin parti.

Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga ahli MPP itu menjelaskan, keputusan sama ada Zuraida dipecat daripada PKR atau tidak hanya akan diketahui selepas mesyuarat berkenaan.

“Setakat ini, penentuan sama ada Zuraida akan dipecat atau tidak bergantung pada keputusan mesyuarat MPP pada akhir bulan ini.

“MPP akan membuat keputusan berdasarkan laporan dibentangkan Lembaga Disiplin parti. Mesyuarat MPP biasanya diadakan pada Ahad terakhir setiap bulan,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas mesej tersebar dalam media sosial yang mendakwa Zuraida bakal dipecat daripada PKR, bulan ini.

Berdasarkan kalendar, mesyuarat MPP pada Ahad terakhir bulan ini ialah 23 Februari.

Rabu lalu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyerahkan surat jawapan notis tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin pada 15 Januari lalu.

Lembaga Disiplin PKR sebelum ini dilapor memulakan siasatan terhadap pelbagai laporan salah laku membabitkan ahli serta pemimpin kanan parti, termasuk Zuraida yang dipercayai ada kaitan dengan ucapan pada ketika dan selepas Kongres Nasional PKR 2019 di Melaka, Disember lalu.

Beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ialah antara pemimpin yang didakwa memboikot hari terakhir kongres, namun mengadakan satu majlis makan malam di Kuala Lumpur pada hari sama.

Setakat ini, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi tiada menerima notis tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin berhubung tindak-tanduk beliau pada kongres dan majlis makan malam terbabit.

Sekiranya MPP membuat keputusan untuk memecat Zuraida, besar kemungkinan Kabinet perlu dirombak kerana jawatan menteri yang diisi beliau membabitkan kuota PKR.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim, belum dapat dihubungi bagi mengulas laporan yang tersebar berkenaan. – BH Online

Tags: PKRZuraida Kamaruddin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki meluahkan pandangannya mengenai PKR yang pada beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd