• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dilarang Ikuti Prosiding Kes Isteri Dalam Mahkamah

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan mahkamah yang sedang mendengar perbicaraan berhubung kes rasuah melibatkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib, 67, yang memakai kemeja merah berlengan pendek ketika itu sedang duduk di galeri awam di belakang Rosmah yang berada di tempat duduk tertuduh pada pukul 10.30 pagi semasa saksi pendakwaan memberikan keterangannya.

Kehadiran Najib disedari oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib yang kemudiannya memaklumkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

“Semasa siasatan, MACC (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM) telah merekodkan keterangan Datuk Seri Najib. Ada kemungkinan dia boleh menjadi saksi, dan saya rasa tidak sesuai baginya untuk berada di sini,” kata Ahmad Akram.

Peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh kemudiannya memberitahu Najib hadir di mahkamah bagi menyokong isterinya.

“Namanya tidak ada dalam senarai saksi yang akan dipanggil oleh pihak pendakwa,” katanya.

Hakim Mohamed Zaini kemudiannya memberitahu Najib yang dia perlu meninggalkan mahkamah, dan berkata “sebagai langkah berwaspada, boleh saya minta anda meninggalkan mahkamah?”

Najib dilihat menganggukkan kepala sebelum berjalan meninggalkan mahkamah.

Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd., Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pembantu Rosmah iaitu Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak. 

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di tiga tempat berasingan iaitu Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Tags: Kes RasuahNajib Tun RazakRosmah Mansor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd