• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Kini Bawa Suara Perikatan Nasional

oleh
29/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini mewakili suara gabungan baru yang dibentuk bersama UMNO, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Muhyiddin yang dicalonkan sebagai calon Perdana kelapan berkata dia yang kini mengetuai Perikatan Nasional ke Istana Negara untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah.

“Kami semua dari Perikatan Nasional, semua orang yang anda lihat di sini, akan pergi ke Istana Negara dengan dokumen ini yang kami bawa, untuk mencari perkenan Agong.

“Hasrat kami adalah untuk melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan negara daripada apa yang sedang berlaku sekarang.

“Kami mempunyai matlamat yang ikhlas dan kami meminta semua rakyat Malaysia untuk mendirikan solat dan menunjukkan sokongan untuk usaha kami untuk memastikan kejayaan kami.

“Saya menyeru semua orang untuk berdoa dan semoga kami akan menerima berkat dari Allah,” katanya sebelum berangkat ke Istana Negara pada pukul 10 pagi.

Muhyiddin Yassin kini sudah menghadap YDPA bagi mempersembahkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Turut mengiringi Muhyiddin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Pagoh itu menerima sokongan Barisan Nasional dan PAS sebagai perdana menteri bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette

Tags: BERSATUGPSPASperikatan nasionalUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd